Doa & Tip Keluarga Bahagia - Norlela Ibrahim

Doa & Tip Keluarga Bahagia - Norlela Ibrahim
Penerbit : Karya Bestari
Tahun Terbitan : 2011
ISBN : 9789678603706 

Kebahagiaan sesebuah rumah tangga itu tidak datang bergolek. Ciptalah melalui cinta yang sejati untuk merasai bagaimana manisnya keharmonian itu. Amalkan sikap saling memberi dan menerima setiap kelebihan dan kekurangan pasangan kerana tiada satu makhluk pun yang diciptakan serba sempurna. Mohonlah kepada-NYA agar kehidupan kita sentiasa dipayungi dengan nikmat sakinah, mawaddah dan rahmah. Ceriakanlah diri agar tidak mudah melatah dengan mainan hidup di dunia yang fana ini. Andai sesekali diuji, anggaplah bahawa cabaran itu adalah untuk memantapkan lagi iman kita. Jadikanlah hati kita hati yang sentiasa bersyukur, lidah yang berzikir dan akal yang berfikir. 

Buku ini amat sesuai sebagai pedoman agar hidup kita sentiasa diiringi doa, harapan dan kasih sayang. Lihatlah... betapa indahnya perjalanan kehidupan bulan yang sentiasa bertolak ansur dengan matahari. Pabila waktu malam sudah sampai penghujungnya, bulan seolah-olah memberi laluan untuk matahari keluar dari persembunyian. Begitulah perancangan dan ketetapan ALLAH yang sangat teratur dan penuh makna tersirat. Moga kita dapat mencontohinya; tenang membina kebahagiaan di dunia dalam landasan TUHAN, di akhirat pula mendapat ganjaran yang dijanjikan. Insha-Allah.
Share:

Solat Emergency ; Rukhsah Solat Dan Wuduk Ketika Musibah - Fauzi Abd. Hamid

Solat Emergency ; Rukhsah Solat Dan Wuduk Ketika Musibah - Fauzi Abd. Hamid
Penerbit : Telaga Biru Sdn Bhd
Tahun Terbitan : 2013
ISBN : 9789673881383 


Wajib bagi kita memelihara ibadat solat dan menjaganya dengan sempurna. Islam telah menunjukkan cara dan kaedah untuk menunaikan solat ketika musafir, peperangan, ketika sakit, tatkala belayar, di dalam kapal terbang, di atas tunggangan dan sebagainya. Tetapi kerap kali yang berlaku adalah pengabaian solat apabila ditimpa sakit. Pesakit merasakan mereka tidak perlu bersolat kerana sakit dan pelbagai lagi tanggapan yang ternyata salah dan perlu diperbetulkan. Buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai bahan rujukan masyarakat.
Share:

Hebatnya Kuasa Istikharah - Imam Musbikin

Hebatnya Kuasa Istikharah - Imam Musbikin
Penerbit : PTS Millennia Publication Sdn Bhd
Tahun Terbitan : 2010
ISBN : 9789675564277 


Apakah yang kita fahami berkaitan dengan solat istikharah? 

Adakah solat istikharah hanya berkisar kepada persoalan memilih jodoh? 

Adakah solat ini bermaksud penyerahan secara total kepada Allah, tanpa berbekalkan ikhtiar? 

Hebatnya Kuasa Istikharah ini merungkai segala kekeliruan, salah tanggap dan persoalan yang melingkari konsep solat istikharah. Buku ini membantu dalam memberi kefahaman yang tepat dan jelas menerusi dimensi yang lebih menyeluruh, sekaligus memimpin kita memanfaatkan solat istikharah dengan efektif. Buku ini juga mengadun aspek ikhtiar manusia dalam membuat keputusan dan memilih tindakan berdasarkan ketetapan Ilahi. Semoga kita kekal optimis dan sentiasa percaya kepada hikmah atas segala kejadian.
Share: