Buku nie saya pernah pinjam kat library saya dan baca sebab tertarik pada tajuknya, iaitu Kapal Haji Dalam Kenangan. Zaman dulu, para jemaah haji pergi ke Makkah dengan menaiki kapal laut, sebab saya teringat citer P. Ramlee yang bertajuk Labu dan Labi, babak semasa Labu ingin meminang anak Haji Bakhil dan mengatakan nama dia adalah Haji Labu..Haji Bakhil menjadi pelik kerana setahu dia bulan depan berikutnya kapal haji baru nak belayar... Jadi, inilah kapal pengangkutan utama ke Makkah dan ianya telah diberhentikan perkhidmatannya pada tahun 1977 kerana perkhidmatan kapal terbang mengambil alih tugas... Dalam buku nie, diceritakan betapa susahnya orang dulu untuk menunaikan haji di Makkah, dan pelayarannya memakan masa sebulan pegi dan balik, jadi babak sedih sudah menjadi kemestian semasa menghantar sanak saudara ke Makkah, sebab mungkin ada di antara mereka tidak dapat pulang ke tanahair untuk selama-lamanya... Diceritakan jugak bagaimana jemaah haji membawa bekalan makanan daripada kampung untuk menjadi juadah mereka semasa belayar, dan bagaimana mereka berjumpa dengan masyarakat negeri lain dan mungkin bertemu jodoh di dalam kapal tersebut..Kabin kelas satu dan dua mempunyai bilik berkunci dan berhawa dingin, manakala kabin pelancong pula disediakan katil bertingkat yang bersaiz 31/2 kaki x 61/2 kaki tapi apa yang pasti golongan kaya dan miskin adalah sama saja.. Sebenarnya banyak lagi yang diceritakan di dalam buku dan rasanya rugi jika anda tak membacanya..
0 comments:
Post a Comment