Ini adalah novel ketiga daripada sahabat saya a.k.a. pegawai saya, Tinta Biru..
“Hujung minggu ni, bos abang kamu nak bawa rombongan datang meminang kamu.” – Mak Cik Joyah
“Ha!!! Nak pinang orang? Hesy... Biar betul dia tu? Tak naklah orang. Orang mana boleh kahwin mak, tak cukup umur lagilah. Baru 19 tahun ni.” – Rina
Begitu keras Rina menolak untuk dijodohkan dengan Hafiz. Maklumlah dia masih muda lagi. Tak lepas STPM pun lagi. Sudah tu, calon bakal suaminya sudah boleh digelar bujang terlajak. Umur pun dah 35 tahun. Siapa yang mahu? Apabila mengetahui saja tentang rombongan itu, hati Rina tidak tenang. Sebabnya, dia belum bersedia untuk berumah tangga. Macam-macam dia buat ketika keluarga Hafiz datang ke rumahnya untuk meminangnya dengan alasan agar keluarga Hafiz batalkan niat untuk menjadikannya sebagai menantu mereka. Termasuklah...
Berjayakan Si Hafiz memujuk Rina menjadi suri dalam hatinya sedangkan Rina langsung tidak menyukai dirinya? Berjodohkah mereka? Semuanya dalam Mak! Tak Nak Kahwin.
0 comments:
Post a Comment