Penerbit : Alaf 21 Tahun Terbitan : 2012 ISBN : 9789831247532 |
Jemu dan sepi menguasai diri Atira saban hari. Dia sering ditinggalkan seorang diri di rumah besar yang kosong. Tiada jiran, tiada rakan, tiada keluarga. Entah mengapa, suaminya, Asfahul pula seakan cuba menjauhkan diri. Baru berkahwin, tetapi langsung tidak ada bibit-bibit kemesraan. Dia rindukan belaian suaminya. Dia sering berkhayal hidupnya bahagia sehingga termimpi-mimpi di dalam tidur. Dalam mimpinya, Asfahul sangat penyayang dan bertanggungjawab. Ucapan sayang lelaki itu tidak putus-putus dibisikkan di telinganya.
Setiap kali terjaga, dia diulit rindu. Bukan merindui suaminya tetapi dia merindui Asfahul di alam mimpinya.
Mampukah dia lari daripada kekosongan yang merantai hidupnya di Teratak Asfalin itu?
Apakah dia sedar jiwanya menjadi rebutan?
Tetapi, oleh siapa?
Novel nie memang best untuk dibaca, walaupun ianya adalah fantasi semata-mata.. Tapi memang ada yang terjadi bahawa makhluk jin yang diciptakan oleh Allah, sama seperti manusia biasa, yang boleh makan, minum, ada jantan, ada betina dan mempunyai perasaan hampir sama dengan manusia...
0 comments:
Post a Comment