Sungguh! Aku Gilakan Kau - Izz Alejandra

Sungguh! Aku Gilakan Kau - Izz Alejandra
Penerbit : Penulisan2U
Tahun Terbitan : 2013
ISBN : 9789670567013


CINTA? Bagi Adrianna cinta tak membawa apa-apa makna. Sikit pun dia tak pernah ada hati nak bercinta. Hubungan dengan mana-mana lelaki tak pernah kekal lama. Bagi Adrianna, cukup hanya ada Danial sebagai kawan baiknya. Danial yang sentiasa ada setiap masa untuknya, Danial yang cool, suka mengusik, dan juga perasan kacak!

KAHWIN? Huh! Dia bukannya tak laku tapi dia yang tak mahu. Demi memenuhi impian emak, dia merancang sesuatu di luar dugaan. Rancangan yang tak pernah dibuat dek orang! Tapi apa yang dirancang tak seperti yang dia mahukan. Akhirnya rancangan yang diciptanya sendiri telah membuatkan perasaannya berantakan.

Akhirnya rancangannya membuahkan hasil seperti yang diinginkan. Namun, perasaan lain pula wujud menyebabkan hatinya goyah untuk meneruskan nekadnya. Peristiwa demi peristiwa yang dialami menyebabkan dia semakin kuat dengan perasaan itu.

Bolehkah Adrianna mempertahankan kata-kata angkuhnya untuk tidak jatuh cinta kepada Danial? 

Apa pula akan terjadi kepada hubungan persahabatan mereka berdua?
Share:

0 comments:

Post a Comment