Awekku Kembar - Siti Rozilah

Awekku Kembar - Siti Rozilah
Penerbit : Buku Prima Sdn Bhd
Tahun Terbitan : 2014
ISBN : 9789670535975


Annessa dan Adeela bertuah kerana dilahirkan dari rahim yang sama. Sebagai pasangan kembar seiras, hubungan mereka berdua terlalu akrab bagai tidak dapat dipisahkan lagi. Namun takdir sentiasa muncul untuk menguji. Apabila Adeela tiba-tiba hilang kerana diculik maka bermulalah sebuah pencarian. Hidup Annessa sudah tidak lagi berjumpa tenang. Dia sering diganggu oleh visi dan mimpi yang seolah-olah hadir sebagai petunjuk untuk memberitahu siapakah penculik dan di manakah adiknya disembunyikan. Ketika itulah dia bertemu dengan Tengku Najib. Lalu hati saling terpaut. Namun cinta mereka adalah cinta yang dilatari tragedi. Tanpa disedari jejaka itu, Annessa ada agendanya sendiri. Dirinya dipergunakan Annessa dalam usaha untuk menjejaki kembarnya yang hilang. Firasatnya selama ini benar belaka. Maka terbongkarlah sebuah rahsia. Yang menculik dan memperkosa adik kembarnya tidak lain dan tidak bukan ialah Tengku Amirul, bapa saudara Tengku Najib sendiri. Lantas terkulailah bibit-bibit cinta yang baru hendak berputik. Bagaimanakah akhirnya kisah cinta mereka? Apakah terputus di tengah jalan atau ada bahagia di penghujung cerita?
Share:

0 comments:

Post a Comment