Penerbit : Diva Press Tahun Terbitan : 2010 ISBN : 9786029784145 |
Novel ini mengisahkan perjodohan Zaki Ahmad Rayhan atau Zaki dan Zulfa Khawla Zahra atau Zulfa adalah dua anak kiai yang memiliki dua buah pondok madrasah yang berbeza. Kedua orang tua mereka adalah merupakan pengasas pondok madrasah yang saling bersahabat. Oleh kerana terlalu eratnya persahabatan ini, membuat keduanya saling menganggap satu sama lain sebagai saudara, dan untuk mempererat persaudaraan mereka, maka sebelum Zaki dan Zulfa dilahirkan, kedua kiai ini sudah menjodohkan mereka. Zaki dan Zulfa belum pernah dipertemukan sebelumnya, namun tepat saat umur Zaki meginjak usia 22 tahun, Kiai Masduqi dan Kiai Ahmad telah merancang semuanya dengan sangat matang, sayangnya tepat pada waktu yang telah ditentukan Kiai Masduqi, nyai Halimah (isterinya), Zaki, Salma (adik angkat Zaki) dan beberapa orang pelajar yang hendak bersilaturahmi ke rumah Kiai Ahmad sekaligus ingin melamar Zulfa mendapat halangan dan akhirnya membatalkan niat mereka untuk bertandang ke rumah Kiai Ahmad.
Kiai Ahmad dan keluarganya sesungguhnya sangat merasa kecewa dengan keputusan keluarga Zaki yang membatalkan kedatangan mereka hanya karena mereka terhalang oleh kedatangan beberapa warga ke rumah Kiai Masduqi untuk menyampaikan permasalahan mereka. Kiai Ahmad yang berasa kecewa sangat dengan sahabatnya itu, lalu dia memberitahu pada Zaki supaya bersabar dengan dugaan ini dan secara kebetulan ada orang lain jugak yang menaruh hati pada Zulfa dan orang itu adalah orang ada perhubungan dengan keluarga Zulfa.. Tapi kalau dah jodoh, ianya takkan ke mana.. Zulfa dan Zaki akhirnya ditunangkan.. Tapi dugaan demi dugaan datang dalam kehidupan mereka, dan yang paling teruk adalah Zaki difitnah memperkosa pelajar pondok madrasah dan dimasukkan dalam penjara kerana pengaruh besar dalam dunia politik.. Zulfa ternyata tak mampu untuk menahan amarahnya dan kebenciannya terhadap Zaki akhirnya memutuskan tali pertunangannya dengan Zaki dan menerima pinangan Dimas iaitu orang yang menaruh hati padanya dulu... Tapi oleh kerana Zaki tak dapat disabitkan kesalahan, maka Zaki dapat keluar daripada penjara dan bila Zaki dapat tahu yang bekas tunangnya tue menerima lamaran lelaki lain, Zaki akhirnya diminta oleh emak dan ayahnya untuk menikah dengan Salma..
0 comments:
Post a Comment