#Hurt - Rehan Makhtar

#Hurt - Rehan Makhtar
Penerbit : Penulisan2U
Tahun Terbitan : 2016
ISBN : 9789670992037 


Tiga tahun. 

Bukan waktu yang singkat untuk dilalui namun harapannya tetap ada, agar di balik tembok tinggi ini ada cahaya yang bergemerlapan buat dirinya. Tapi, sekali lagi ujian menyapa. Bersua dengan Raqib, buatkan Aatiq menaruh harapan indah tanpa dia tahu, lelaki itu hadir untuk terus buat dia rasa berdosa.

Tangan Aatiq berlumuran darah. Berkali-kali dibilas, kesan itu tak mahu hilang. Sedaya-upaya dia menutup kebenaran, kenapa hatinya kian terluka? Tiga tahun Raqib menanti bersama rasa benci kerana pada dia, Aatiq adalah pesalah pada dia dan keluarganya. Tapi, kenapa kini perasaan lain yang muncul? Raqib lelah bersaing dengan cinta pertama Aatiq yang muncul tanpa disangka.

Kerana hati yang #LUKA, Raqib ke kiri dan Aatiq ke kanan. Di mana titik pertemuan mereka, hanya takdir menentukan.
Share:

0 comments:

Post a Comment