Penerbit : Penulisan2U Tahun Terbitan : 2014 ISBN : 9789670567327 |
Penantian itu menyeksakan.. Untuk melupakan, itu juga menyakitkan... Tapi, tidak pasti dalam membuat keputusan, itu lebih perit! Ini semua tentang hati Yara Aisya Yazid. Dia seorang PA yang sangat komited dalam kerjayanya. Bagi Yara, tiada yang lebih seronok di dalam dunia selain mejadi PA kepada Tan Sri Wazir. Namun keseronokan Yara tersekat apabila Tan Sri Wazir jatuh sakit dan melantik anaknya, Hanania sebagai pemangkunya.
Hanania Widad Wazir seorang yang sangat serius sehingga Yara sering merasa tertekan. Sejak itu, hidup Yara tunggang terbalik. Kerja sebagai PA tidak lagi seindah syurga. Masalahnya, semua orang tidak berpihak kepada dia, namun hanya Onn saja yang memahami situasinya.
Onn Andre Othman pengurus kedai kopi yang sering dikunjungi Yara. Selama setahun dia cuba mendekati Yara dan akhirnya, Yara nampak usahanya. Oleh kerana hubungan yang masih baru, dia cukup bimbang kalau hati Yara beralih arah kepada Hanania Widad Wazir.
Kalaulah pilihan itu hanya sesenang memilih kopi dan teh. Mana satu yang akan dipilih?
0 comments:
Post a Comment